Ubat-ubatan tradisi sebenarnya sangat mudah didapati dan mungkin hanya perlu anda petik di halaman rumah. mana tau, ada keluarga anda yang diserang sakit dan jika sekiranya jauh dari hospital atau klinik, petua ini mungkin berguna.
Saya ingin berkongsi petua dengan anda, mengenai dengan khasiat daun betik (papaya).
Jus daun papaya, boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah/penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun papaya berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.
Caranya: ambil 2 helai daun papaya - tumbuk halus & perah jus ke dalam cawan. beri pesakit minum, mudah-mudahan pesakit akan melihat manfaatnya dalam tempoh yang singkat. Pengeluaran darah merah akan bertambah & menguatkan sistem imun tubuh kita.
bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di india, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman/pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak - khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
No comments:
Post a Comment