Categories

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Jeram, Selangor



Asal Nama Jeram Menurut cerita orang tua yang saya temui, maka asal nama Jeram ini bukalah jeram tempat air terjun. Kononnya ialah disebabkan sebatang pokok kayu yang palins tinggi (manakala tumbang hampir 1/2 batu panjang batang kayu itu) dan batangnya lebih kurang 20 pemelok. Pokok ini ialah jadi sebagai pedoman orang yang lalu lalang berulang alik belayar di laut masa itu. Jadi dengan sebab pokok kayu itu amat tinggi, bagi ahli-ahli pelayaran yang memandang ke arah pokok itu seolah-olah rupa jeram tempat air terjun rupanya - mereka-mereka itu berkata-kata "menjeram pokok itu tingginya" - tambahan pula bila angin bertiup bertambah kuat bunyi tiupan angin tersebut seolah-olah bunyi air terjun menderu bunyinya, juga di pantai itu kelihatan pasir memutih seolah-olah rupa bueh terbitan dari air terjun itu. Maka dengan itu tempat ini pun lekatlah dengan nama JERAM hingga hari ini.

Golongan Masyarakat Pertama Sepanjang yang diketahui terdapat dari cerita mulut ke mulut orang tua-tua di Jeram mempunyi 2 cerita, satu daripadanya cerita yang mula-mula membuka JERAM ini ialah 4 orang lelaki yan namanya tidak diketahui, tetapi dapat diagakkan asal kedatangan mereka itu iaitu dengan terdapatny. pahatan nama-nama mereka seakan-akan tulisan China dan perkatan SONGKHL, di sini dapatlal diagakkan mungkin orang-orang Siam yang membukanya, kerana dalam K. M. 14 angkatan Siam ad menyerang Melaka, boleh jadi mereka-mereka itu singgah kerana tak berjaya dalam peperangannya atai sengaja hendak berbuat tempat. Mereka-mereka ini dipercayai lagi beragama Islam. Selain dari ini ad didapati oleh orang masa menggali tanah buat perigi sebanyak 1 2 biji pinggan seakan-akan tulisai China juga. Ini membuktikan bahawa dipercayai orang-orang Siamlah yang telah membuka Jeram in (mungkin gagal dalam menyerang Melaka dalam K. M. 1 5 itu). Selepas itu, di antara 4 orang tadi 3 daripadanya telah pergi belayar, sementara itu datang lag seorang lain bernama Che' Semail, diagakkan datangnya dari Melaka, mereka berbaik-baiklal mengusahakan tempat itu sehingga menjadi kampong untuk mengelakkan dari banjir, maka Che Semail ini telah membuat alor (parit) untuk mengalirkan air, alor ini digali dengan perejang nibong, dan diba nama alor itu "Alor Pak Semail" (hingga hari ini sebutan itu masih terdengar lagi dari cakap-cakap oran' tua-tua) dan Alor Pak Semail masa ini telah berubah dengan nama Sungai Jeram.

JERAM pada masa ini ialah sebuah kampung yang terbesar juga di dalam negeri Selangor, duduknya dalam Daerah Kuala Selangor, seperti rajah di muka sebelah: iaitu kalau dari Klang ke Jeram jarak jauh 1 9 batu dan dari Kuala Selangor ke Jeram jarak jauh 1 0 batu, bermakna Jeram letaknya di pertengahan antara Klang dengan Kuala Selangor. Penduduknya lebih dari 5,000 orang, tetapi 80 daripada bilangannya ialah orang Melayu. Pekerjaan mereka ialah berkebun kelapa, nelayan dan sedikit berkebun getah, serta makan gaji umpama guru sekolah, guru agama, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit Tali Air dan lain-lain lagi. Pekannya kecil, adalah kira-kira 30 buah kedai-kedai dan ada mempunyai Balai Polis, Pejabat Pos, Pusat Kesihatan kecil, Balai Penghulu, Masjid, Dewan Masyarakat, 2 buah Sekolah Kebangsaan : (yang jarak 1 batu, muridnya hampir 700 orang), sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, sebuah Sekolah Agama dan Arab.

1 comment:

  1. vey interesting . The name Jeram is found a lot among the early Malay and Indonesians that were exiled to the Cape of Good Hope in South Africa. Many people of Malay-Indonesian descent had this name in the 17th , 18 and 19 th century. It was supposed to be of Bugis descent. Since many slaves were from Bugis, Javanese,Balinese , Mullucan ,Nias and Sumatera and Melaka Malays , as well as Betawi ,it is assumed rightly or wrongly that Jeram is of Bugis descent . Jeram was a name found a lot among Cape Malays.

    ReplyDelete