Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai "Kilah" atau "Kalah" atau "Qalha". "Qalha" dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah ( Kuala Sungai Merbok sekarang ), Kuala Bahang ( Kuala Kedah), Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi dan Kuala Bara.
Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan Sanskrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadar" dan tulisan Tamil menyebut Kedah sebagai "kadaram" atau "Kalagam".
Mengikut seorang sejarawan, nama Kedah berasal daripada perkataan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada juga yang berpendapat bahawa nama Kedah berasal daripada perkataan Arab, "Kedah" yang bermakna gelas berkaki.
Dari unsur China iaitu emas Dinasti Liang, Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau "Langa" atau "Langkasuka". Seorang penulis lain menyatakan Kedah pernah disebu sebagai " Gedda" yang dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna kota.
No comments:
Post a Comment