Berikut adalah beberapa langkah keselamatan apabila menyediakan dan memasak daging:
* Simpan daging di bahagian paling sejuk dalam peti ais, sebaiknya jauh dari pintunya.
* Pastikan daging dibungkus kemas untuk mengelak airnya menitis.
* Simpan daging di bahagian sejuk beku jika ia tidak ingin dimasak dalam tempoh dua hari.
* Jika ingin menyimpan daging lebih dua bulan, tanggalkan pembalut asal, balut semula menggunakan foil aluminium yang tebal, dan masuk dalam beg plastik yang sesuai untuk simpan sejuk beku.
* Daging yang disejuk beku dengan betul masih selamat dimakan dan kekal kualitinya walaupun telah disimpan lama. Cuma pastikan ia masih baik ketika dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Menyahsejuk beku (defrost/thaw)
Terdapat tiga cara untuk menyahsejuk beku:
* Keluarkan daging dari bahagian sejuk beku dan simpan di bahagian lain dalam peti sejuk. Cara ini memakan lebih banyak masa, dan bergantung kepada saiz daging. Seekor ayam mengambil masa 24 jam hingga dua hari untuk dinyahsejuk beku. Jika dipotong-potong, ia boleh dinyahsejuk beku antara dua hingga sembilan jam.
* Direndam dalam air sejuk.
* Gunakan ketuhar gelombang mikro.
Seperkara yang perlu diingat, pastikan hanya (jumlah) daging yang ingin dimasak sahaja dinyahsejuk beku. Elak menyahsejuk beku seketul besar daging, kemudian menyimpan semula daging berlebihan. Sebab itu, sebaiknya semasa menyimpan, bahagi-bahagikan daging mengikut jumlah kebiasaan yang dimasak, jadi mudahlah dinyahsejuk beku jumlah yang diperlukan sahaja.
Penyediaan
* Pastikan papan pemotong dan peralatan yang digunakan semasa mengendalikan daging benar-benar bersih.
* Untuk ayam: bilas bahagian dalam dan luar dengan air sejuk, dan keringkan dengan tuala kertas.
* Daging akan terus memasak walaupun setelah diangkat dari api, jadi ia boleh dikeluarkan daripada ketuhar atau pemanggang awal sedikit, sebelum suhu mencecah tahap yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment