Categories

Kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan

MENGAWAL pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, sama ada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!

Kesukaran mengawal kencing dicetuskan oleh beberapa sebab. Kehamilan dan melahirkan anak, menopaus dan masalah kesihatan fizikal akibat peningkatan usia merupakan antara penyumbang kepada masalah ini.

Percaya atau tidak, terdapat kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Senaman

Melakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari boleh memperbaiki masalah itu.

Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, anda perlu membayangkan sedang menahan kentut atau menghentikan aliran kencing ketika ia sedang cuba keluar.

Gunakan otot sama yang anda gunakan, jika terasa seperti ‘tertarik’, maka otot-otot yang betul digunakan untuk senaman pelvis.

Tarik otot pelvis ke dalam, tahan dan kira sampai tiga. Kemudian relaks dalam kiraan tiga. Ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali setiap kali senaman. Anda juga boleh mencuba senaman ini dalam tiga posisi berbeza; berbaring, duduk dan berdiri.

Kekalkan berat badan normal


Memang benar, beban berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan lantai otot pelvis menjadi lemah.

Jika anda gemuk, cuba kurangkan berat badan dan lihat perbezaannya. Meskipun indeks jisim badan (BMI) bukanlah petunjuk kesihatan terbaik namun ia merupakan titik rujukan yang bagus untuk mengetahui sama ada anda perlu mengurangkan berat badan.

Jangan angkat berat

Jika terpaksa mengangkat sesuatu yang berat, minta bantuan orang lain melakukannya. Mengangkat objek berat secara salah boleh melemahkan lantai pelvis.

Jika mengangkat objek berat sendiri, pastikan anda melakukannya secara selamat dengan membengkokkan lutut dan menggunakan otot kaki.

Juga, cuba gabungkan latihan kekuatan dalam senaman agar anda lebih kuat untuk waktu-waktu yang memerlukan anda berbuat demikian.

Jaga makan dan minum

Sesetengah makanan seperti yang berasaskan tomato dan pedas boleh mengganggu pundi kencing.

Sementara minuman mengandungi kafein atau alkohol bertindak sebagai diuretik yang mengakibatkan kebocoran.

Justeru, lebih baik ambil cecair yang bagus untuk pundi kencing seperti air, jus epal, anggur dan cranberi.

Bersiap-sedia

Kelemahan pundi kencing melibatkan satu daripada empat wanita. Ini bermaksud anda tidak keseorangan jika menderita akibat masalah ini.

Cuba pergi ke tandas secara kerap untuk mengelak pundi kencing menjadi cepat penuh. Juga, gunakan pelapik seluar dalam atau tuala wanita ketika hari-hari aktif di mana anda tahu sukar untuk pergi ke tandas.

Sentiasa bersiap-sedia boleh memberi anda keyakinan sepanjang hari.

Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Tips menjaga keselamatan anak di ruang tamu

Anda mungkin sibuk bekerja di dapur atau melakukan pelbagai kerja rumah yang lain dan sering membiarkan anak bermain sendiri di ruang tamu. Untuk itu, pastikan persekitaran di ruang tamu adalah tempat yang selamat untuk anak anda bermain sendirian. Berikut adalah antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil:

1. Tutup pintu dan kunci ke arah tangga dan hadang dengan pagar. Pastikan pagar teguh dan tidak mudah roboh.

2. Wayar telefon, televisyen dan sebagainya adalah berbahaya. Oleh itu ikat dengan pita pelekat atau getah dan gunakan alat memendekkan wayar bagi mengubahsuai kepanjangan wayar.

3. Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Bagi menghindarkan anak tercedera disebabkan bucu berkenaan, gunakan penghadang bucu atau apa saja bahan sesuai untuk mengelakkan kecederaan pada kepala, lebam dan benjol

4. Permaidani atau tikar yang tidak melekap pada lantai adalah merbahaya kerana kanak-kanak yang baru berjalan boleh tergelincir dan terjatuh. Letakkan alas getah di bawah permaidani.

5. Jika anak masih kecil, elakkan menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca. Seandainya ada meja kaca salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca berkenaan pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.

6. Kunci pintu gelas longsor. Letak pelekat atau tampalan di pintu gelas searas mata kanak-kanak supaya dia tidak berlari menerusi pintu dengan tidak sengaja.

Sakit Perut

Campurkan air setengah gelas dengan satu sudu teh garam, lalu dikacau hingga sebati, kemudian diminum

Merawat Sakit Lecur

Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.

Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.

Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.

Melembutkan Tapak Kaki

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.