Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Bangi
Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telor Jawa. Bukit UKM pada peringkat awal penerokaannya ialah sebuah hutan tebal yang diduduki orang halus. Pada waktu senja, bau wangi akan mencucuk hidung dan semua wanita dan kanak-kanak akan masuk ke rumah kerana orang halus hadir berhampiran mereka. Menurut buah mulut orang ramai, Dr Harun Din telah membaca jampi di kawasan hutan UKM dan membawa orang halus dalam sebuah bas ke hutan negeri Pahang. Boleh jadi tempat baru mereka ialah di Pahang. Salah seorang ustazah di Semenyih yang menjadi murid Dr Harun Din turut mengesahkan cerita tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment