Categories

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Maran



MARAN adalah sebuah daerah dalam Negeri Pahang iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Kuantan ke Jerantut dan ke Temerloh.

Dikatakan asal-usul nama Maran adalah berasal dari cantuman perkataan " Baran " dan " Mengaran ". Pada zaman dahulu, ditepi Sungai Luit yang laluannya tidak berapa jauh dari Bandar Maran ada beberapa buah kampung yang telah wujud semenjak Masehi 1250 seperti Kampung Merageh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Garok dan Kampung Merbau.

Mereka dari kampung tersebut selalu berulang-alik ke satu kawasan paya BARAN berhampiran sebatang anak Sungai Luit untuk menangkap ikan. Erti BARAN dalam bahasa Melayu ialah hutan di kawasan yang ada banyak ikan terutama ikan keli, haruan dan ikan puyu.

Kawasan BARAN menjadi tumpuan dan akhirnya penduduk kampung lebih suka bermalam di sana dan ada juga berpindah ke tempat itu, jadinya dari kampung asal berpindah duduk ke tempat lain terutamanya tempat yang belum ada namanya.

Dalam bahasa melayu kampung selalu menyatakan orang yang berkeadaan demikian dengan MENGARAN. Bagi mereka yang tinggal membuat tempat kediaman di kawasan Baran Paya Chedong itu telah membuat kata sepakat menamakan tempat mereka itu MARAN. Ini adalah disebabkan perkataan MENGARAN ke BARAN itu dicantumkan menjadi MARAN. Maka disebabkan perkataan itulah asal-usul nama MARAN diberi.

No comments:

Post a Comment