Categories

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Shah Alam

Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 25 km di barat Kuala Lumpur.

Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Di dalam peta Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan, Shah Alam dirujuk dengan nama Batu Tiga.

Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor, Shah Alam diistiharkan sebagai ibu negeri Selangor. Nama Shah Alam sendiri adalah pilihan dan perkenan Baginda.

Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).

Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000.


Seksyen Shah Alam
Shah Alam mempunyai nama jalan dan tema yang terdapat di seksyen-seksyen tertentu antaranya:

Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) bertemakan pendidikan
Seksyen 2 bertemakan jenis bunga
Seksyen 3 bertemakan jenis pokok
Seksyen 4 bertemakan jenis buah-buahan
Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) bertemakan pentadbiran
Seksyen 6 bertemakan jenis burung
Seksyen 7 bertemakan jenis permata dan galian
Seksyen 8 bertemakan bentuk muka bumi
Seksyen 9 bertemakan Kesultanan Melayu Selangor
Seksyen 10 bertemakan jenis pakaian
Seksyen 11 bertemakan kebudayaan dan kesenian
Seksyen 12 bertemakan salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
Seksyen 13 bertemakan sukan
Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat
Seksyen 15 bertemakan alatan tangan
Seksyen 16 bertemakan perlombongan bijih timah
Seksyen 17 bertemakan jenis ikan
Seksyen 18 bertemakan tumbuhan di kawasan pantai
Seksyen 19 bertemakan jenis pekerjaan di kawasan pantai
Seksyen 20 bertemakan jenis haiwan
Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) bertemakan perkuburan
Seksyen 23 bertemakan perusahaan
Seksyen 24 bertemakan jenis sayur-sayuran
Seksyen 25 (Taman Sri Muda) bertemakan nilai-nilai murni
Seksyen 26,27 dan 28 bertemakan daerah dan nama tempat di Selangor
Seksyen 31 (Kota Kemuning) bertemakan bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
Seksyen 32 (Bukit Rimau) bertemakan sungai-sungai yang terdapat di Selangor
Seksyen 33 bertemakan jenis alatan muzik
Seksyen 34 bertemakan jenis bahagian dalam kereta
Seksyen U1 (Glenmarie) bertemakan kerjaya
Seksyen U2 bertemakan kesussasteraan
Seksyen U5 bertemakan bumi dan alam semesta
Seksyen U8 bertemakan bahagian-bahagian dalam rumah
Seksyen U10 Bertemakan pulau-pulau
Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) bertemakan gunung-gunung yang terdapat di Selangor

No comments:

Post a Comment