Categories

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Kemaman

Di zaman dahulu ada sebuah kampong yg belum bernama, tinggal lah kira2 50 keluarga dengan diketuai seorang ketua kampong bernama Rohaiman yang dipanggil Man (bahasa ganu = Mang).

Setiap permasalahan yg timbul , orang kampong akan mendapatkan
penyelesaian dengan ketua tersebut.

Pada satu hari, timbul lah satu masalah yg besar dimana dua orang penduduk iaitu si Ding dan Pok Ya telah bertelagah berebut seekor kambing yang telah matang untuk dijual. masing masing mengatakan kambing tersebut milik mereka.

Sebagai penyelesaian, mereka membawa ke muka pengadilan iaitu bertemu dengan Mang. selepas diteliti dgn dihadiri oleh semua penduduk, maka mang pun membuat keputusan agar kambing tersebut disembelih sahaja dan dibuat kenduri bersama sama dan dapat lah Mang makan free hari tersebut.

Semua penduduk bersorak gembira kerana dapat makan Free. Ding dan
Pok Ya pon hanya putih mata dan bersetuju juge.

Kemudian orang kampong bersorak sambil melaung laung kan kata2 :

KEMAH mu MANG !!!

KEMAH MANG !! KEMAH MANG

KEMAH MANG !!

Sejak itu,.. kampong tersebut menjadi KEMAHMANG dan akhirnye bertukar menjadi Daerah KEMAMANG kerana penduduk semakin ramai dan akibat perubahan dialek ... Jadilah KEMAMAN

No comments:

Post a Comment