Berikut ialah beberapa panduan praktikal tentang bagaimana kita boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah:
Seminggu sekali, makan hanya buah-buahan segar dan minum banyak air. Ini membantu mengeluarkan toksin dari badan dan memperbaiki tahap m_eta_bolisma anda.
Bagi masker yang mudah, campurkan dua sudu air dengan ½ sudu susu tepung (apa-apa jenama), dan ¼ sudu jus limau. Ia akan memejal sedikit, tetapi jangan bimbang. Ini adalah kesan daripada jus limau. Sapukan pada muka dan leher menggunakan gerakan ke atas. Biarkan selama 20 minit dan bilas.
Untuk mengatasi jerawat dan bintik-bintik lain, kisar betik muda dan sapukan pada muka dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas.
Bagi rawatan sebulan sekali, campurkan bahan-bahan berikut, sapukan dengan tebal pada muka dan leher dan bilas selepas setengah jam:
5 - 6 biji badam, kikis dan kisar
2 sudu besar susu
1 sudu besar jus lobak merah
1 sudu besar jus oren
Masker ini membantu menjadikan muka lembut dan licin dan membantu menghilangkan parut dan bintik-bintik.
No comments:
Post a Comment