Categories

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Taiping

Bandar Taiping merupakan pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama . Sebelum 1937 , Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang Negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang bergitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, TAIPING telah dipilih untuk nama baru bagi bandar di daerah Larut.

No comments:

Post a Comment