Perlu dijelaskan kewujudan nama Sungai Kampar kerana darinyalah nama bandar ini dipakai sekarang. Sumber lisan menerangkan sungai ini menjadi lebuhraya pedagang-pedagang dari bandar Kampar di Pulau Sumatera. Pergerakan penduduk tempatan di kepulauan Melayu memang tidak dapat dinafikan dalam sejarah. Kerana itu jugalah terdapat ramai orang dari Sumatera dan Pulau Jawa di kampung-kampung di sekitar Bandar ini. Memang menjadi kebiasaanlah wujudnya nama satu-satu tempat itu dari nama sungai yang berdekatan.
Cara asal nama Kampar diambil tidak dipersetujui oleh beberapa penduduk. Terdapat cerita mengenai seorang Sultan Perak yang dating ke Kuala Dipang bersama sida-sida baginda untuk berkelah. Semasa berenang dan memancing di Sungai Kuala Dipang, mereka mendapati banyak mati kerana keracunan ‘tuba’ di sungai tersebut. Baginda dan pengikut-pengikut baginda ternampak selonggol kapor tetapi memanggilnya kampar tetapi kemudian cara sebutannya menjadi Kampar.
Kalau kita lihat nama pekan Kampar itu sendiri mempunyai persamaan nama dengan Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Ini diakui oleh para sejarahwan kita bahawa nama pekan ini adalah diambil sempena nama Kampar yang ada di Sumatera, Indonesia.
Wujudnya perkaitan di antara kedua-dua nama ini adalah melalui perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua penduduk bagi dua pekan ini, perniagaan mereka yang paling utama ialah penjualan tembakau dan alat-alat tembikar sara tembaga.
Kedatangan orang Kampar (Indonesia) yang paling ramai sekali dating ke sini ialah pada 1880-1900. Mereka datang melalui beberapa batang Sungai Kuala Dipang, Sungai Kampar, Sungai Kinta dan lain-lain lagi. Mereka menggunakan jong iaitu sebuah sampan besar yang diperbuat daripada kayu keras dan diukir menyerupai itik. Tempat persinggahan mereka adalah di tebing-tebing sungai. Maka, wujudlah beberapa buah Kampung Jeram di tebing Sungai Keboi.
No comments:
Post a Comment