Categories

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - Teluk Intan

Teluk Intan berasal dari nama Mak Intan. Bagaimanapun, terlebih dahulu bandar ini dikenali sebagai Teluk Anson sebelum ditukar kepada Teluk Intan pada 17 Nov 1981.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Info Lain

Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.

Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan . Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

No comments:

Post a Comment